Pendidikan Muzik
NgBLang EL-M02
Bahasa Muzik adalah perkara-perkara yang berkaitan dengan pengetahuan dan kefahaman tentang elemen muzik, konsep-konsep berhubung dengan elemen muzik, kosa kata dan istilah muzik dan konvensi penulisan muzik. Pengetahuan dan kefahaman tentang perkara tersebut seterusnya membawa kepada kemahiran membaca, menulis, menganalisis dan menilai karya muzik.
Konsep-konsep Muzik
Irama, melori ekspresi merupakan konsep muzik utama yang dikenal pasti. Konsep-konsep yang berkaitan dengan muzik dapat dihimpunkan di bawah konsep-konsep utama iaitu irama, melori dan ekspresi.
1.Irama
Irama merangkumi faktor detik, meter, tekanan, tempoh masa ( duration ) dan tempo. Irama terbentuk daripada sesuatu susunan bunyi.
1.1 Detik
Dalam muzik, detik adalah unit denyutan. Denyutan yang berulang dan berterusan adalah elemen yang fundamental dan penting dalam seni muzik. Jangka masa dari satu detik ke satu detik diukur dengan nilai not muzik.
1.2 Meter
Secara konvensionalnya, detik dihimpunkan dalam kumpulan 2,3,4 dan seterusnya. Lazimnya jumlah detik adalah sama dalam setiap bar. Pengumpulan tersebut dikenali sebagai pembahagian meter dan dinyatakan dalam skor lagu dalam bentuk tanda masa.
1.3 Tekanan
Semasa menyanyi atau memainkan sesuatu corak irama seringkali terdapat detik yang dirasakan lebih kuat atau lebih diberi penegasan yang lebih daripada detik-detik lain. Menguatkan detik tertentu diertikan sebagai memberi tekanan. Simbol ( ^ dan > ) digunakan sebagai tanda tekanan pada detik yang berkenaan.
1.4 Tempo
Tempo adalah unsur yang berkaitan dengan kelajuan detik dalam sesebuah lagu. Sesetengah lagu boleh dicipta dalam tempo cepat, lambat atau sederhana. Tempo boleh dinyatakan dengan menggunakan istilah seperti Allegro, Andante dan Moderato. Tempo juga boleh dinyatakan dalam bentuk digit mengikut sukatan metronome.
1.5 Corak Irama
Corak irama terbentuk apabila bunyi dan senyap ( rehat ) disusun menggunakan berlainan nilai masa untuk menjadikan satu corak yang nyata. Semasa menulis corak irama, pembahagian meter adalah penting sebagai panduan dan sukatan nilai not dalam setiap bar agar menepati bilangan detik yang ditetapkan mengikut meter yang digunakan.
1.5.1 Corak Irama Rentak
Rentak merupakan corak irama tertentu yang digunakan untuk mengiringi lagu. Corak irama rentak memberi identiti kepada sesebuah lagu sebagai lagu berentak Mac, Waltz, Masri, Asli, Sumazau dan Joget.
1.5.2 Corak Irama Ostinato
Satu corak irama yang dinyanyikan atau dimainkan secara instrumental berulang-ulang dalam sesebuah lagu lazimnya sebagai iringan dan harmoni.
1.6 Tempoh Masa dan Nilai Not
Panjang atau pendek bunyi dilambangkan dengan not dalam pelbagai bentuk seperti . Masa senyap (period of silence) dilambangkan dengan tanda rehat pelbagai bentuk seperti .
2. Melori
Melori adalah turutan pic yang disusun sama ada secara menarik, menurun atau mendatar. Susunan pic ini terdiri daripada bunyi panjang atau pendek yang membentuk irama melori yang berkontur. Melori berubah apabila pic dan not diubah.
2.1 Pic
Pic adalah berkaitan dengan aras sesuatu bunyi sama ada bunyi tinggi atau bunyi rendah.
2.2 Skel
Skel adalah suatu siri pic yang disusun secara menaik atau menurun mengikut jeda tertentu dan mewujudkan kesan nada atau tonaliti. Dalam muzik KBSR, hanya dua jenis skel sahaja yang ditegaskan iaitu skel Major dan skel minor (harmonik).
2.3 Frasa
Frasa adalah sekumpulan not yang membentuk satu unit penyataan muzik yang signifikan atau satu keratan lagu.
2.4 Harmoni
Harmoni adalah bunyi muzikal yang dihasilkan melalui kombinasi dua atau lebih not yang berbunyi serentak. Ini melibatkan kaunter melori yang terdiri daripada dua lapisan suara, dalam bentuk kaunter melori, kord, dron dan ostinato.
2.5 Warna Ton
Warna ton merupakan karekter atau kualiti bunyi yang dihasilkan oleh sesuatu alat muzik atau suara, sama ada bunyi rehat atau bunyi ringan.
Contoh: Dram bes - bunyi berat
Kastanet - bunyi ringan
2.6 Tekstur
Tekstur adalah berkaitan dengan jalinan lapisan-lapisan suara dalam sesebuah lagu. Tekstur lagu boleh jadi nipis atau tebal bergantung kepada bilangan lapisan suara atau bunyi yang terdapat dalam sesebuah lagu.
2.7 Bentuk
Bentuk sesebuah karya ditentukan oleh gabungan beberapa segmen muzik. Segmen muzik ini boleh terdiri daripada motif, frasa dan seksyen. Segmen-segmen muzik ini boleh diulang dan dipelbagaikan untuk membentuk sesebuah karya muzik.
3. Ekspresi
Ekspresi adalah berkaitan dengan pernyataan perasaan dan fikiran yang ditonjolkan oleh sesebuah lagu atau karya muzik. Pernyataan perasaan dan fikiran ini dapat disampaikan melalui mud dan dinamik apabila muzik diperdengarkan.