Tuesday, November 13, 2012

Cara Memegang dan Teknik Memainkan Loceng

Rupa bentuk Loceng merupakan segugusan loceng kecil yang dipasang pada bingkai. Bingkai berbentuk gelung diperbuat daripada plastik dan loceng-loceng logam kecil diikatkan pada bingkai tersebut. Loceng-loceng ini akan menghasilkan bunyi yang halus dan nyaring apabila digoncang.

Cara memegang dan memainkan loceng : 





  1. Masukkan empat jari ke dalam gelong loceng dan genggam bahagian yang tidak berloceng. Loceng menghasilkan bunyi apabila ia digoncang.
  2. Genggam pemegang loceng dengan tangan kiri @ kanan. Kemudian ketuk pergelangan tangan kiri dengan tangan kanan yang menggenggam loceng.

Cara Memegang dan teknik Memainkan Tik-Tok 


Rupa bentuk Tik-tok lazimnya diperbuat daripada kayu. Ia mempunyai pemegang dan sebatang pengetuk. Tik-tok menghasilkan bunyi yang tidak lanjut. Bunyi yang dihasilkan daripada bahagian kanan tik-tok tidak sama dengan bunyi daripada bahagian kiri.

Cara memegang dan memainkan tik-tok 

                        
                        
                        
  1.  Pegang tik-tok dengan tangan kiri dan pengetuknya dengan tangan kanan.
  2. Ketuk tik-tok pada bahagian kiri dan kanannya secara bergilir-gilir.

    Persembahan Memainkan Alat Perkusi

3 comments:

  1. Baiknya blog cikgu, murid-murid akan memupuk minat belajar.Bahan yang ditampalkan amat menarik.

    ReplyDelete
  2. Anak saya suka akan blog Puan Ng,Teruskan usaha lagi.

    ReplyDelete