Thursday, November 29, 2012

Teori Muzik


50 Soalan Teori Muzik

Mari Meniup Rekoder Bersama-sama

                     
                 





                                                             Alat Muzik Rekoder
 

Tuesday, November 27, 2012

Belajar Rekoder

BELAJAR REKODER

Mengenal dan Belajar Bermain Rekoder

                                  


Alat Muzik: Rekoder  PENGENALAN
Rekoder adalah sejenis alat muzik tiupan yang diperbuat daripada kayu atau plastik.Terdapat pelbagai saiz rekoder untuk peranan yang berlainan. Antaranya adalah rekoder sopranino, soprano, alto, tenor dan bes.

                                            

                    

Penggunaan rekoder dalam aktiviti pembelajaran muzik di bilik darjah adalah bertujuan memberi pengalaman muzikal secara hands-on. Pada masa yang sama pelajar mengukuhkan kefahaman bahasa muzik melalui pengalaman praktikal. Bahan yang dicadangkan dapat membantu proses pembelajaran bagi mengukuhkan kemahiran dan penguasaan bermain rekoder.


 1. STRUKTUR REKODER


               http://1musik.files.wordpress.com/2011/12/re1.jpg
 2. TEKNIK BERMAIN REKODER
Untuk bermain rekoder dengan baik, teknik permainan rekoder yang betul perlu diamalkan.
2.1 Teknik Asas Sebelum Meniup Rekoder
2.1.1 Postur
• Duduk atau berdiri tegak dalam keadaan selesa semasa memegang rekoder.
• Pegang rekoder dengan kecondongan 45 darjah dari badan. (Elakkan daripada menundukkan kepala berlebihan atau membongkokkan badan.)

   
                       


                           
 2.1.2 Cara Memegang Rekoder
Cara memegang rekoder yang betul akan memberi keselesaan dan memudahkan pergerakan jari semasa bermain rekoder.
a. Pegang rekoder dengan meletakkan jari tangan kiri pada bahagian pangkal.
b. Tangan kanan memegang bahagian hujung badan rekoder.
c. Imbangan rekoder terletak pada bibir bawah dan ibu jari tangan kanan.


 2.1.3 Penjarian
                  



(a) Tangan Kiri
-Ibu jari bernombor 0 menutup lubang di bahagian belakang rekoder.
-Jari telunjuk bernombor 1 menutup lubang rekoder pertama.
-Jari hantu bernombor 2 menutup lubang rekoder kedua.
-Jari manis bernombor 3 menutup lubang rekoder ketiga.

(b) Tangan Kanan
-Jari telunjuk bernombor 4 menutup lubang rekoder keempat.
-Jari hantu bernombor 5 menutup lubang rekoder kelima.
-Jari manis bernombor 6 menutup lubang rekoder keenam.
-Jari kelingking bernombor 7 menutup lubang rekoder ketujuh.
-Pada lubang rekoder bernombor 6 dan 7, terdapat dua lubang kecil. Lubang-lubang kecil tersebut adalah untuk menghasilkan bunyi syap dan flet.


Susunan jari pada lubang rekoder

               

              
Carta Penjarian Rekoder




 

 Maklumat Lanjutan Dalam

Alat Muzik

Saturday, November 24, 2012


Meter / Tanda Masa Dalam Muzik

                                                                       
Meter adalah cara kita kumpulkan bit mengikut kumpulan.  Kumpulan apa?.  Kumpulan not yang mempunyai kiraan bit genap dan ganjil.  Genap dan ganjil?.  Genap bermaksud 2 dan 4 kiraan bit.  Contoh kiraan 2 bit = 1 2, 1 2, dan seterusnya.  Manakala kiraan 4 bit = 1 2 3 4, 1 2 3 4 dan seterusnya.  Kiraan 2 dan 4 bit juga dipanggil even meter(meter genap).  Jadi, kalau kiraan ganjil bagaimana?. Kiraan ganjil, iaitu kiraan 3 bit = 1 2 3, 1 2 3 dan seterusnya.  Kiraan ganjil juga dipanggil odd meter(meter ganjil).  Mari kita lihat contoh even dan odd meter dalam lagu.
                       
Even meter dalam kumpulan 2 dan 4 bit
(i.)        Lagu march Malaysia Berjaya:     Malaysia kita sudah berjaya_
                                                            1   2       1 2      1    2       1 2
    
     

(ii.)       Lagu Selamat Hari Raya  :           Selamat   Hari  Raya___  Pada
                                                            4      1 2 3   4       1 2 3   4

    

     
Odd meter dalam kumpulan 3 bit
(i.)        Lagu Dimanakan Ku Cari Ganti:    Di___ mana__kan ku cari ganti
                                                1    2  3   1  2 3     1   2    3    1 2 3

(ii.)       Lagu Happy Birthday:                  Happy Birthday To You__   Happy  Birthday  To You__
                                                            3        1      2    3   1  2      3         1      2     3   1  2

    

Bagi memantapkan lagi kefahaman anda tentang meter, anda kena rajin membuat latihan. Latihan boleh dibuat dimana sahaja asalkan anda tahu bagaimana nakmula. Jangan tunggu dan jangan terlalu memilih.  Berlatih dalam keadaan tenang lebih menyeronokkan.

Sebagai contoh, apabila anda berada didalam kereta, tiba-tiba hujan.  Anda tentu akan memasang viper bukan?.  Viper akan bergerak dari bawah ke atas dan turun semula.  Cuba anda buat kiraan bit genap dan ganjil(even & odd meter) mengikut kelajuan pergerakan viper.  Anda pasti akan teruja.  Tak percaya?. Cuba dulu.

 Ringkasan

                                          




                                          


                                          


                                          

Friday, November 23, 2012

Solfa Isyarat Tangan

Teknik solfa menggunakan isyarat tangan bermula dari ‘do’ bawah yang berada di paras pinggang dan seterusnya menaik sedikit demi sedikit sehingga ‘do’ atas yang terletak di paras kepala. Panduan isyarat tangan adalah seperti gambarajah di bawah :


                         Kodály Solfege Hand Signs

 
  


Contoh Latihan Solfa  

              
                         




Langkah-langkah mengajar lagu menggunakan solfa dengan isyarat tangan.

a) Pic dikenalkan dengan isyarat tangan berdasarkan lagu.
b) Murid menyanyikan lagu berpandukan isyarat tangan guru. Ini dilakukan secara baris     demi baris.

 Video Latihan Nyanyian Solfa




 

Thursday, November 22, 2012

Not-not pada balut

Sertai 

Latihan Mengenalpasti Not Pada Baluk dan Mengecam Bunyi Pada Keyboard

                





                    


 

                               



                              
 Not-not pada keyboard                             

            

                                      

Lebih banyak maklumat dalam
Teori Muzik