Sunday, December 9, 2012

Alat Muzik Kaum Cina

Alat Muzik Kaum Cina
 Erh-Hu

  
Pengenalan
Erh-Hu adalah alatan bertali jenis lute dibuat dalam tiga saiz; kecil, sedang dan besar.
Fungsi
Alat ini digunakan sebagai alat solo untuk hiburan, dan juga digunakan dalam orkestra untuk mengiringi opera Cina.
Cara Bermain
Erh-Hu didirikan tegap pada riba pemain semasa di main. Tali digesek dengan sebalah tangan manakala jari-jari tangan lainnya memetik pada tali-tali untuk mengeluarkan berbagai pic, lantai dan digesek seperti cello.


Persembahan Erhu

Pipa

 

Pengenalan
Pipa adalah alat bertali mempunyai 4 tali logam. Badan dibuat dari kayu; dadanya bulat dan belakangnya cembong tetapi permukaan dadanya mendatar. Beberapa kekuda titian tali dari kayu dipasang pada papan jari seperti fret. Tali-tali diikat kepada hujung bahagian bawah badan dan pada 4 pemulas melaras disisi papan jari. Bahagian kepalanya berukir.
Fungsi
Pipa digunakan dalam orkestra untuk mengiringi opera Cina; juga sebagai alat solo atau mengiringi nyanyian.
Cara Bermain
Cara bermain dengan memegang berdiri atas pahu pemain. Tali-tali dipetik dengan hujung-hujung jari dan kuku. Jari-jari tangan sebelah lagi diletak pada tali-tali antara fretnya untuk mengeluarkan berbagai pic bila tali-tali dipetik. 
 Persembahan Pipa

YangQin

Pengenalan
Jenis zither, mempunyai banyak tali. Badan dibuat dari kayu dalam bentuk rama-rama. Tiap-tiap satu pic mempunyai kembar dua atau kembar tiga. Tali logam sejumlah beberapa oktof semuanya, 2 - 6 set kekuda titian tali dibuat dari kayu. Pemulas selaras dari logam didapati dikedua belah kotak suaranya.
Fungsi
Digunakan sebagai alat solo untuk hiburan.
Cara Bermain
Diletak atas meja atau pelapik. Tali-tali diketuk dengan sepasang buluh dalam bentuk tukul kecil, dimainkan oleh seorang pemain yang duduk di hadapannya.
Persembahan YangQin

Sheng
 
Pengenalan
Sheng adalah alat organ mulut. Ruang angin dibuat dari logam. Tiub-tiub dibuat daripada buluh. Tiub-tiub dari tembaga ditambah untuk mengeluarkan gema dan diletak pada bahagian atas yang lebih kuat. Satu tiub mempunyai satu pelidah dan tujuh belas ruang pemetik.
Fungsi
Sheng digunakan dalam orkestra atau sebagai alat solo untuk dimainkan muzik hiburan.
Cara Bermain
Angin boleh dilalui menerusi pipit-pipit samada dengan cara meniup atau menyedut. 
Persembahan Sheng

Guzheng  

Guzheng dianggap sebagai salah sebuah alat muzik petikan yang tertua di China. Ia dicipta berasaskan "Zhu", iaitu sejenis alat muzik pukulan pada zaman purba.
Alat muzik ini mempunyai sebuah kotak resonans yang berbentuk segi empat tepat yang leper. Di atas kotak resonans itu dipasang beberapa utas tali yang diregang dengan disokong oleh kayu penongkat (tiang kayu kecil). Pada asalnya, ia hanya mempunyai 5 utas tali sahaja. Melalui evolusi, jumlah talinya bertambah banyak. Guzheng yang standard yang dimainkan sejak tahun 1970 hingga sekarang ini, mempunyai 21 utas tali.
Bunyi yang dihasilkan oleh Guzheng ini padat dan jelas, sangat merdu didengar. Ia sesuai dimainkan untuk menggambarkan suasana yang tenang dan indah, atau untuk meluahkan perasaan yang seni.
Cara Memainkannya:
Guzheng ini dimainkan dengan cara dipetik. Untuk memetik talinya, alat bantu berupa kuku palsu yang diperbuat daripada tempurung kura-kura atau plastik perlu dipakai pada jari pemainnya. Ketika membuat persembahan, jari kanan akan memetik tali untuk menghasilkan melodi, dan jari kiri menekan tali untuk mengawal melodi.

Persembahan GuZheng

Seruling Cina

Seruling merupakan sejenis alat muzik yang paling popular di negara Cina. Ia dinamakan sebagai "Zhudi", disebabkan ia diperbuat daripada sebatang buluh dan badannya mempunyai lapan lubang. Lubang pertama digunakan untuk ditiup dan aliran tiupan yang masuk ke dalam badan buluh akan menghasilkan bunyi-bunyian.  Alat ini berserta budaya muzik orkestra cina dibawa masuk oleh imigran dari negara Cina ke Malaysia pada zaman sebelum merdeka.
 
Persembahan Seruling Cina

YueQin

YueQin berkait rapat dengan pelbagai opera tempatan China. Alat muzik tersebut sering digunakan untuk mengiringi opera etnik Bai, Qingyin Provinsi Sichuan. Yueqin juga merupakan salah asejenis daripada 3 jenis alat muzik yang paling penting dalam orkes Opera Beijing. Muzik yang saudara dengar tadi digubah daripada senandung opera tempatan China. 

Yueqin yang digunakan oleh para pemuzik China sekarang sebenarnya telah beberapa kali dibaiki. Muzik dimainkan dengan Yueqin jenis ini lebih merdu berbanding Yueqin tradisional China. 


Persembahan YueQin


Gendang


Gendang China juga dibahagikan menjadi pelbagai jenis termasuk gendang pinggang, gendang besar dan lain-lain. Antaranya gendang pinggang juga dibagikan menjadi 4 jenis berdasarkan besarnya, dan sering dimainkan dalam persembahan tarian Yangge kalangan rakyat China. Semasa mengadakan persembahan, gendang itu diikatkan kepada pinggang pemain, pemain itu memukul gendang dengan dua batang tongkat pemukul.
Persembahan Gendang Cina

Gong

 

Gong merupakan sejenis alat muzik pukul tradisional China, kedudukannya sangat penting dalam orkes muzik rakyat China. Ia juga dimainkan untuk mengiringi nyanyian dan tarian dalam pelbagai drama dan opera tempatan China. Gong juga sering dimainkan dalam kumpulan perayaan, pertandingan perahu naga, tarian singa dan lain-lain.

Gong dibuat dengan logam, badan gong ialah sebuah permukaan lengkung, pemain memukul bahagian pertengahan permukaan lengkung itu, jadi badan gong bergentar dan berbunyi.
Kini terdapat lebih 30 jenis gong, yang sering dimainkan ialah gong besar dan gong kecil.

Garis tengah gong besar dapat mencapai 1 meter, bunyinya sangat kuat, sering dimainkan dalam orkes besar atau opera untuk meningkatan suasana.
Gong kecil dibagikan menjadi 3 jenis yang dapat berbunyi tinggi, sederhana dan rendah, ia digunakan sangat luas, sering dimainkan dalam pelbagai opera tempatan tarian kalangan rakyat China termasuk opera Beijing.


Persembahan Gong Cina

7 comments:

  1. Wah, banyak maklumat tentang alat muzik kaum Cina, pasti akan memanfaatkan murid-murid!

    ReplyDelete
  2. Blog anda sangat berguna terhadap saya dan anak saya , saya akan melayari lagi !

    ReplyDelete
  3. i really like this blog...
    full of useful for us...
    that video can also make us feel relax and enjoy when we tired after school or work!!

    ReplyDelete
  4. Very useful when doing Pendidikan Sivik dan Kewargnegaraan scrap books on Traditional Instruments. Thank you! :D

    ReplyDelete
  5. saya nak tanya, mana hendak beli seluring cina (dizi)

    ReplyDelete