Wednesday, December 12, 2012

Tokoh Muzik Tanah Air dan Barat

Mari Mengenali Tokoh Muzik Tanah Air dan Barat
 P. Ramlee Photos P. Ramlee 380203     P. Ramlee Photos P. Ramlee 380202    P. Ramlee Photos P. Ramlee 380201
Tan Sri Dr. P. Ramlee (1929 - 1973) atau nama sebenarnya Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh merupakan seorang pelakon, penyanyi, pengarah, pemain muzik dan penulis lagu terkenal di Malaysia dan Singapura.
Beliau mula bermain muzik dengan Ukulele, dan akhirnya beralih kepada gitar dan biola di bawah bimbingan Encik Kamaruddin (pemimpin brass band di Penang Free School). Beliau menyertai Orkes Teruna Sekampung dan kemudian Sinaran Bintang Sore. Beliau pernah menjadi juara nyanyian anjuran Radio Pulau Pinang pada tahun 1947 dan terpilih sebagai Bintang Penyanyi Utama Malaya. Dalam pertandingan itu, beliau menggunakan huruf "P" (bagi Puteh) di awal namanya dan nama P. Ramlee itu kekal hingga ke akhir hayatnya.
Filem pertama lakonan P. Ramlee ialah "Chinta", sebuah filem yang dikeluarkan pada tahun 1948. Beliau memegang peranan sebagai penjahat dan nyanyian latar. Kejayaannya terus berkembang dan telah berjaya berlakon di dalam 27 buah filem di antara tahun 1948 hingga 1955. Salah seorang pendorong dan guru P. Ramlee dalam dunia perfileman Melayu adalah Datuk L. Krishnan (Pengarah filem Melayu tahun 50-an dan 60-an yang terkenal). Gaya lakonan P. Ramlee yang amat berjaya itu adalah hasil inspirasi P. Ramlee daripada dua pelakon terkenal India Selatan iaitu MGR dan Sivaji Ganesan. Filem terakhir lakonan beliau ialah "Laksamana Do Re Mi" pada tahun 1972 dan lagu dan lirik terakhirnya adalah "Ayer Mata Di Kuala Lumpur" pada tahun 1973 sebelum beliau menghembuskan nafas terakhirnya.
 Persembahan Tan Sri P.Ramlee

Dato' Sudirman bin Haji Arshad (25 Mei 1954 - 22 Februari 1992) merupakan salah seorang penyanyi yang terkenal di Malaysia. Beliau telah memulakan kariernya sebagai seorang penyanyi apabila dinobatkan sebagai "Juara Bintang RTM 1976" pada 11 Ogos 1976. Selain itu, beliau juga adalah satu-satunya pemegang gelaran "Penghibur Nombor 1 Asia" (pada 19 Mac 1989) dari Pahang, Malaysia sebelum kehadiran Siti Nurhaliza. Di samping itu, terdapat juga gelaran yang lain untuk beliau seperti "Penghibur Milik Masyarakat", "Seniman Rakyat" dan "Elvis Malaysia". Beliau juga mempunyai pelbagai kebolehan sebagai seorang penyanyi, penghibur, penggubah lagu, peguam, penulis, pengarang (buku memoir dan kanak-kanak), pelukis kartun, usahawan dan pelakon.
Beliau mula mencipta namanya sebagai penyanyi apabila dia berjaya merebut gelaran Johan Bintang RTM peringkat akhir yang diadakan di Dewan Pay Fong, Melaka pada 11 Ogos 1976. Beliau mendendangkan lagu "Seruling Bamboo" dan "Big Spender In The Cabaret". Pada peringkat awal saringan, beliau memberi jawapan spontan seperti "seluar pinjam..." apabila disoal oleh pengacara rancangan mengenai seluar yang menggeleber yang dipakainya. Para penonton menyukai caranya yang berterus terang. Beliau mendendangkan lagu "Jali Jali", sebuah lagu klasik dari Indonesia. Para penonoton telah melihat dengan jelas sekali bahawa suaranya memang unik.

 Persembahan Dato' Sudirman bin Haji Arshad

 
Dato’ Johari Salleh dilahirkan pada 9 Februari 1940 di Geylang, Singapura. Anak lelaki kepada keluarga Mohd Salleh Bin Mohamad berasal dari Melaka dan Puan Munarah Shuib, berasal dari Singapura.
Beliau mula belajar muzik dan menggubah lagu daripada ayahnya sendiri serta dari seorang guru muzik bernama Saaban Saliman.
Pada tahun 1968 Johari Salleh mendapat Diploma in Music (Composition and Arrangement) daripada Berklee College of Music, Boston, USA.
Beliau banyak berkarya dalam bentuk muzik simfonik untuk digunakan oleh orkestra-orkestra besar  seperti dari Sepanyol, Orkestra Sinfoni Kebangsaan Malaysia dan Kuala Lumpur Symphony Orchestra. Beberapa karya simfoni Dato’ Johari Salleh pernah dipersembahkan oleh The New York Symphonic Ensemble, Singapore Symphony Orchestra, St.Pittersburg Philharmonic Orchestra dari Russia dan Cadaquez Symphony Orchestra. 
Lagu dan lirik Datuk Johari Salleh: Gadis dan bunga 

Pemain saksofon terkenal, Kenny G menamatkan nota terakhir dalam perkahwinannya selepas 20 tahun melayari bahtera rumah tangga. Rekod mahkamah menunjukkan ahli muzik itu, Kenny Gorelick memfailkan perceraian pada Khamis lalu di Los Angeles dengan memberi alasan tidak sehaluan. Pemuzik berusia 56 tahun itu berkahwin dengan Balynda Helene Benson-Gorelick pada 1992 dan dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia 14 tahun.
 Persembahan Kenny G

Ludwig Van Beethoven (dibaptiskan 17 Disember 1770  26 Mac 1827) ialah seorang penggubah Jerman dan juga seorang tokoh unggul dalam sejarah muzik klasikal. Beliau juga merupakan seorang ahli muzik terpenting dalam tempoh peralihan antara muzik era klasikal dan muzik era romantis di dalam muzik barat. Muzik dan reputasinya banyak memberi inspirasi dan juga memberi tekanan dan cabaran kepada ramai penggubah-penggubah untuk generasi-generasi berikutnya, begitu juga kepada ahli-ahli muzik dan para pendengar. Walaupun beliau pada hari ini dikenali sebagai seorang penggubah, Beethoven adalah juga seorang pemain piano yang dikagumi.
Beethoven juga seorang penggubah bebas pertama dengan membuat penggubahan muzik untuk konsert-konsert, menjual gubahanmuziknya untuk penerbit-penerbit dan mendapat bantuan kewangan daripada sebilangan pelanggan-pelanggan kaya. Beliau memilih kerja bebas daripada mencari pekerjaan tetap di gereja atau tempat bangsawan sepertimana pemuzik atau penggubah lain.

Für Elise/ For Elise - Ludwig van Beethoven


Wolfgang Amadeus Mozart (27 Januari 1756 - 5 Disember 1791), dibaptiskan sebagai Johannes Chrysostomus Wolfgangus Theophilus Mozart adalah seorang penggubah muzik klasikal Eropah dari Austria yang terkemuka dan amat berpengaruh dari era klasikal. Beliau telah menggubah lebih dari 600 hasil karya termasuk kerja-kerja yang diakui secara meluas sebagai kemuncak kepada muzik simfoni orkestra, muzik kamar, piano, opera dan juga muzik koral.

Mozart adalah di antara penggubah Eropah yang amat terkenal dan banyak daripada hasil karya beliau telah menjadi sebahagian dari standard untuk repertoir konsert-konsert simfoni orkestra.

Wolfgang Amadeus Mozart - Eine Kleine Nachtmusik


 
Richard Clayderman (lahir di Paris, Perancis, 28 Desember 1953; umur 58 tahun), terlahir dengan nama Philippe Pagès adalah pianis Perancis yang telah menghasilkan banyak album piano pop maupun klasik. Beliau telah merakam lebih daripada 1.200 lagu-lagu instrumental, termasuk komposisi asli karya Paul de Senneville dan Olivier Toussaint. Lagu yang dimainkannya tergolong lagu-lagu yang mudah didengarkan, termasuk aransemen ulang lagu-lagu pop, muzik film, dan lagu-lagu klasik yang popular.

Pada tahun 1976, beliau diundang oleh produser rakaman Perancis yang bernama Olivier Toussaint. Rekan Toussaint yang bernama Paul de Senneville baru menyelesaikan balada untuk Adeline, anak perempuannya yang baru lahir. Pada waktu itu, Philippe Pagès masih berusia 23 tahun, dan mengikuti audisi bersama 20 orang pianis lain. Toussaint dan de Senneville senang dengan sentuhan lembut Philippe pada tut-tuts piano. Ditambah wajahnya yang tampan dan kepribadiannya yang menyenangkan, Philippe diterima untuk merakam lagu untuk piano ciptaan Paul de Senneville.
Nama Philippe Pagès diganti menjadi Richard Clayderman. Nama Clayderman diambil daripada nama keluarga nenek buyutnya agar orang yang bukan penutur bahasa Perancis tidak salah mengucapkan namanya. Singel Ballade pour Adeline ternyata jadi lagu laris, dan terjual 22 juta keping dalam 38 negara.
Ballade Pour Adeline merupakan sebuah karya yang fenomenal,campuran antara gaya classic dan modern

Richard Clayderman concert

Pemuzik Masa Depan
 
Fur Elise performed by Cheryl (5 years old)



Tsung Tsung amazing piano prodigy Grade 5 Piano ( 5 years old )

5 comments:

  1. Maklumat yang sungguh sesuai untuk saya.Saya memang peminat bagi tokoh-tokoh muzik ini terutamanya Sudirman,Kenny G dan Richard Claydreman.

    ReplyDelete
  2. Antara tokoh-tokoh muzik dalam blog Cikgu Ng, di sini saya ingin berkongsi tokoh kegemaran dan yang paling saya minati ialah kenny G. Harap Cikgu Ng juga mempunyai minat yang sama.

    ReplyDelete
  3. i know more identity about Ludwig Van Beethoven from this blog..
    awesome !!
    thank you, Madam Ng^^..

    ReplyDelete
  4. Tahniah cikgu ,blog yang menarik dan berinformasi!

    ReplyDelete