Piano
Piano iaitu alat muzik yang dimain melalui keyboardnya.
Ia menghasilkan bunyi apabila tali kelulinya dimain dengan penukul kain felt.
Penukul itu melantun dengan serta-merta dan membenarkan tali keluli terus bergetar pada frekuensi resonansnya.Getaran ini dipindahkan melalui kekuda ke bod suara untuk menguatkan bunyinya.
Ia menghasilkan bunyi apabila tali kelulinya dimain dengan penukul kain felt.
Penukul itu melantun dengan serta-merta dan membenarkan tali keluli terus bergetar pada frekuensi resonansnya.Getaran ini dipindahkan melalui kekuda ke bod suara untuk menguatkan bunyinya.
CARA BERMAIN PIANO
Posisi duduk => main piano tidak asal duduk tanpa aturan. Posisi duduk harus relex, tegak dan tidak bongkok.
Posisi lengan => sejajar dengan tuts piano, releks dan tidak tegang
Contoh posisi lengan yang salah => menyebabkan bentuk posisi jari menjadi tidak benar
Bentuk jari tangan => bulat melengkung (seperti pada gambar dibawah ini)
Cara menekan keys => pada saat menekan keys dengan salah satu jari, maka jari lain (jari yg tidak menekan keys) tidak tegang tetapi tetap pada bentuk semula.
* Contoh gambar diatas : jari kelingking menekan keys, maka jari lain tidak tegang / terangkat keatas (tetap pada bentuk posisi semula).
Menekan keys yang salah => Menekan keys dengan salah satu jari sementara jari lain tegang dan terangkat ke atas.
Persembahan Piano
Biola
Biola atau
violin adalah sejenis alat muzik bertali yang dimainkan dengan
mengunakan penggesek biola (bow). Biola mempunyai empat tali dan leher
yang tidak mempunyai fret.
Ia dimainkan dengan cara menggesek tali-tali tersebut dan hujung biola diletakkan di bahu pemain.
Terdapat beberapa alat lain dalam keluarga biola, contohnya viola dan selo.
Bezanya
adalah dari segi saiz (kerana bunyi yang dikeluarkan berbeza), namun
cara bermain adalah sama. Biola adalah yang terkecil dan mengeluarkan
pic yang paling tinggi.
Cara Memegang dan Memainkan Biola
Perhatikan jarak biola diantara dagu dan bahu (Gambar A). Jika tidak menggunakan shoulder rest, maka : bahu dimajukan (Gambar B), sebaiknya bukan diangkat ke atas (Gambar C), dan bila perlu, dagu (kepala) dapat “sedikit” menunduk (Gambar B), jika terlalu banyak menunduk, otot leher akan cepat tegang.
Untuk permulaan, letak jari telunjuk menjadi patukan membunyikan nada (menekan senar). titik ruas pertama jari (gambar A), atau ruas pertama jari telunjuk (gambar B), diletakkan pada nut, sehingga ketika jari telunjuk “diturunkan” diatas finger board
untuk menekan senar, akan menghasilkan bunyi yang benar (nada B),
tetapi ketepatan nada (intonasi) berada pada telinga anda. Gunakan digital tuner sebagai bantuan.
Untuk menghasilkan jari
yang kuat, ringan, serta releks, lengkungan jari perlu dijaga (perlu
dilatih), ini merupakan poin penting. (gambar B).
Jari jempol diletakkan pada neck (leher biola), perhatikan titik putih (gambar C) pada jari jempol, anda bisa menggunakan titik tersebut sebagai acuan peletakkan jempol pada neck.
Jempol hampir selalu berdampingan dengan jari telunjuk, dan “fleksibel” mengikuti arah pergerakan “jari-jari” (telunjuk, tengah, manis, kelingking) di atas fingerboard.
- Saat “jari-jari” bermain pada senar G, maka jempol akan bergerak “turun” mengikuti arah pergerakan jari, (gambar D) dan
- Ketika “jari-jari” kembali lagi dari arah senar G menuju pada senar E, maka jempol akan bergerak “naik” (gambar E)
Persembahan Biola
Gitar
Gitar adalah sejenis alat muzik bertali yang telah lama digunakan dalam
pelbagai jenis gaya muzik, dan juga salah satu alat solo klasik. Ia
banyak digunakan sebagai alat utama dalam muzik blues, desa, flamenco,
rock dan banyak jenis pop. Gitar biasanya terdiri daripada satu batang
leher yang panjang dan terdapat ruas-ruas yang dipanggil "fret".
Badannya seakan-akan berbentuk biola. Pada kebiasaannya juga terdapat
enam tali yang boleh dimainkan dengan memetik tali tersebut sama ada
dengan jari ataupun plektrum (pemetik gitar). Namun terdapat juga gitar
dengan empat, tujuh, lapan, sepuluh dan dua belas tali. Gitar dibuat dan
dibaiki oleh tukang lut (luthier). Gitar boleh dimainkan secara akustik
atau boleh bergantung pada penguat yang selalunya membolehkan
manipulasi nada secara elektrik. Gitar elektrik baru sahaja
diperkenalkan pada abad ke-20, dan telah memberi kesan yang mendalam
pada budaya popular.
Cara Bermain Gitar
Persembahan Gitar
Sertailah Music Games
gambar dan video yang cantik .
ReplyDeletepenerangan yang jelas . bagus.
Sungguh menarik, saya amat mengagumi Cikgu Ng kerana Cikgu Ng mempunyai pengetahuan tentang muzik. Dalam bolg cikgu, saya dapat merasai seolah-olah berada dalam alam muzik, sungguh menyeronokkan.Syabas!
ReplyDeleteWOW!! these note really can make students easily to play the piano and violin.GooD =D
ReplyDeleteThanks for sharing your feedback. That's always appreciated.
DeleteBlog yang disediakan oleh cikgu bagus! Maklumat yang disediakan lengkap dan dapat menarik perhatian murid-murid.
ReplyDelete