Erh-Hu
Pengenalan | |
Erh-Hu adalah alatan bertali jenis lute dibuat dalam tiga saiz; kecil, sedang dan besar. | |
Fungsi | |
Alat ini digunakan sebagai alat solo untuk hiburan, dan juga digunakan dalam orkestra untuk mengiringi opera Cina. | |
Cara Bermain | |
Erh-Hu didirikan tegap pada riba pemain semasa di main. Tali digesek dengan sebalah tangan manakala jari-jari tangan lainnya memetik pada tali-tali untuk mengeluarkan berbagai pic, lantai dan digesek seperti cello. |
Persembahan Erhu
Pipa
Pengenalan |
Pipa adalah alat bertali mempunyai 4 tali logam. Badan dibuat dari kayu; dadanya bulat dan belakangnya cembong tetapi permukaan dadanya mendatar. Beberapa kekuda titian tali dari kayu dipasang pada papan jari seperti fret. Tali-tali diikat kepada hujung bahagian bawah badan dan pada 4 pemulas melaras disisi papan jari. Bahagian kepalanya berukir. |
Fungsi |
Pipa digunakan dalam orkestra untuk mengiringi opera Cina; juga sebagai alat solo atau mengiringi nyanyian. |
Cara Bermain |
Cara bermain dengan
memegang berdiri atas pahu pemain. Tali-tali dipetik dengan hujung-hujung
jari dan kuku. Jari-jari tangan sebelah lagi diletak pada tali-tali
antara fretnya untuk mengeluarkan berbagai pic bila tali-tali dipetik.
Persembahan Pipa
|
YangQin
Pengenalan |
Jenis zither, mempunyai banyak tali. Badan dibuat dari kayu dalam bentuk rama-rama. Tiap-tiap satu pic mempunyai kembar dua atau kembar tiga. Tali logam sejumlah beberapa oktof semuanya, 2 - 6 set kekuda titian tali dibuat dari kayu. Pemulas selaras dari logam didapati dikedua belah kotak suaranya. |
Fungsi |
Digunakan sebagai alat solo untuk hiburan. |
Cara Bermain |
Diletak atas meja
atau pelapik. Tali-tali diketuk dengan sepasang buluh dalam bentuk
tukul kecil, dimainkan oleh seorang pemain yang duduk di hadapannya.
Persembahan YangQin
|
Sheng
Pengenalan |
Sheng adalah alat organ mulut. Ruang angin dibuat dari logam. Tiub-tiub dibuat daripada buluh. Tiub-tiub dari tembaga ditambah untuk mengeluarkan gema dan diletak pada bahagian atas yang lebih kuat. Satu tiub mempunyai satu pelidah dan tujuh belas ruang pemetik. |
Fungsi |
Sheng digunakan dalam orkestra atau sebagai alat solo untuk dimainkan muzik hiburan. |
Cara Bermain |
Angin boleh dilalui
menerusi pipit-pipit samada dengan cara meniup atau menyedut. |
Persembahan Sheng
Guzheng
Alat muzik ini mempunyai sebuah kotak resonans yang berbentuk segi empat tepat yang leper. Di atas kotak resonans itu dipasang beberapa utas tali yang diregang dengan disokong oleh kayu penongkat (tiang kayu kecil). Pada asalnya, ia hanya mempunyai 5 utas tali sahaja. Melalui evolusi, jumlah talinya bertambah banyak. Guzheng yang standard yang dimainkan sejak tahun 1970 hingga sekarang ini, mempunyai 21 utas tali.
Bunyi yang dihasilkan oleh Guzheng ini padat dan jelas, sangat merdu didengar. Ia sesuai dimainkan untuk menggambarkan suasana yang tenang dan indah, atau untuk meluahkan perasaan yang seni.
Cara Memainkannya:
Guzheng ini dimainkan dengan cara dipetik. Untuk memetik talinya, alat bantu berupa kuku palsu yang diperbuat daripada tempurung kura-kura atau plastik perlu dipakai pada jari pemainnya. Ketika membuat persembahan, jari kanan akan memetik tali untuk menghasilkan melodi, dan jari kiri menekan tali untuk mengawal melodi.
Persembahan GuZheng
Seruling Cina
Seruling merupakan sejenis alat muzik
yang paling popular di negara Cina. Ia dinamakan sebagai "Zhudi",
disebabkan ia diperbuat daripada sebatang buluh dan badannya mempunyai
lapan lubang. Lubang pertama digunakan untuk ditiup dan aliran tiupan
yang masuk ke dalam badan buluh akan menghasilkan bunyi-bunyian. Alat
ini berserta budaya muzik orkestra cina dibawa masuk oleh imigran dari
negara Cina ke Malaysia pada zaman sebelum merdeka.
YueQin
Yueqin yang digunakan oleh para pemuzik China sekarang
sebenarnya telah beberapa kali dibaiki. Muzik dimainkan dengan Yueqin
jenis ini lebih merdu berbanding Yueqin tradisional China.
Persembahan YueQin
Gendang
Gendang
China juga dibahagikan
menjadi pelbagai jenis
termasuk gendang pinggang,
gendang besar dan lain-lain.
Antaranya gendang pinggang
juga dibagikan menjadi 4 jenis
berdasarkan besarnya, dan
sering dimainkan dalam
persembahan tarian Yangge
kalangan rakyat China. Semasa
mengadakan persembahan,
gendang itu diikatkan kepada
pinggang pemain, pemain itu
memukul gendang dengan dua
batang tongkat pemukul.
Persembahan Gendang Cina
Gong
Gong
merupakan sejenis alat muzik
pukul tradisional China,
kedudukannya sangat penting
dalam orkes muzik rakyat
China. Ia juga dimainkan untuk
mengiringi nyanyian dan tarian
dalam pelbagai drama dan opera
tempatan China. Gong juga
sering dimainkan dalam
kumpulan perayaan,
pertandingan perahu naga,
tarian singa dan lain-lain.
Gong
dibuat dengan logam, badan
gong ialah sebuah permukaan
lengkung, pemain memukul
bahagian pertengahan permukaan
lengkung itu, jadi badan gong
bergentar dan berbunyi.
Kini
terdapat lebih 30 jenis gong,
yang sering dimainkan ialah
gong besar dan gong kecil.
Garis
tengah gong besar dapat
mencapai 1 meter, bunyinya
sangat kuat, sering dimainkan
dalam orkes besar atau opera
untuk meningkatan suasana.
Gong
kecil dibagikan menjadi 3
jenis yang dapat berbunyi
tinggi, sederhana dan rendah,
ia digunakan sangat luas,
sering dimainkan dalam
pelbagai opera tempatan tarian
kalangan rakyat China termasuk
opera Beijing.
Persembahan Gong Cina
Wah, banyak maklumat tentang alat muzik kaum Cina, pasti akan memanfaatkan murid-murid!
ReplyDeleteBlog anda sangat berguna terhadap saya dan anak saya , saya akan melayari lagi !
ReplyDeletei really like this blog...
ReplyDeletefull of useful for us...
that video can also make us feel relax and enjoy when we tired after school or work!!
very usefull
ReplyDeletetq
ReplyDeleteVery useful when doing Pendidikan Sivik dan Kewargnegaraan scrap books on Traditional Instruments. Thank you! :D
ReplyDeletesaya nak tanya, mana hendak beli seluring cina (dizi)
ReplyDeleteReally useful! Can I know what song you used for this blog? Thank you! :D
ReplyDeleteInfo yg sangat berguna kpd anak2 dan saya sendiri..tqvm
ReplyDeleteMohon jga di muat naik alat2 / peralatan yg di gunakan utk tarian singa..
Terima kasih..