Tuesday, December 4, 2012

Alat-alat Muzik Tradisional Melayu

Alat-alat Muzik Tradisional Melayu


Muzik tradisional ialah muzik oleh sesuatu kaum. ia bergantung kepada budaya, adat dan penerimaan sesebuah bangsa. Setiap bangsa mempunyai ciri-ciri muzik yangtersendiri. Ada pelbagai jenis alat muzik tradisonal Melayu seperti gambus, gendang, kompang seruling, rebana dan sebagainya.

KORDOFON
Alat-alat muzik kordofon ialah alat-alat yang mengeluarkan bunyi kerana adanya getaran pada tali yang ditegangkan. Alat-alat muzik rebab, sape dan lain-lain tergolong dalam kategori ini.

Kategori Kordofon

Gambus 
 Sejenis gitar bertali 6 dan membengkak di bahagian badannya hampir-hampir separuh bulat. Tali gitar diperbuat dari perut binatang atau loyang yang dipetik dengan kuku tenggiling. Badannya diukir dari sebatang kayu nangka yang berongga di dalamnya. Lehernya ditutup dengan sekeping kayu nipis dan permukaan badannya ditutup dengan kulit kambing atau kulit biawak.
Fungsi: Gambus lazimnya dimainkan untuk hiburan persendirian, pemuzik gazal dan muziknya menyerupai tarian Melayu seperti joget dan zapin di Johor.

Cara Bermain: Dipetik bagaimana cara bermain guitar.




                                                                              Rebab

                                                   

 Alat Muzik bertali menggunakan penggesek dan mempunyai tiga utas tali daripada dawai logam. Lazimnya badan dibuat daripada kayu nangka dan berongga di bahagian dalam. Bentuk badannya lebar di bahagian atas dan liras sedikit ke bawah. Dadanya ditutup dengan kulit diperbuat daripada perut lembu yang dikeringkan. Busut kecil yang dibuat dari lilin lebah ditampal pada sebelah kiri dadanya dipanggil "susu". Disisi bahagian atas lehernya dipasang pemulas bagi melaras suaranya. Leher atau papan jari dipasang pada bahagian atas badannya. Pada bahagian atas kepalanya berukiran dan dipanggil `Pucuk Rebung'. Lehernya memanjang ke bawah menerusi badan dan hujungnya menjadi pancang dibahagian bawah di mana alat itu diletakkan berdiri bila ia dimainkan. Kayu kekuda titian tadi diletak pada tengah dadanya dan boleh diubah kedudukannya. Penggesek dibuat dari kayu dan melengkong sedikit. Tali penggesek ialah urat daripada selapuk balutan mayang kelapa dan kini digunakan tali tangsi.
Fungsi Digunakan dalam muzik mengiringi Mak Yong, Peteri dan Selampit di Kelantan.
Cara Bermain Rebab diletak berdiri didepan pemain yang duduk bersila dilantai. Rebab digesek dan sambil menggesek jari-jarinya mengawal ketegangan tali-tali penggesek. Jari-jari tangan sebelah lagi memetik atau menekan pada tali?tali di bahagian leher untuk mengeluarkan berbagai pic. Ketiga?tiga tali dilaras pada jeda perfect 4 th atau pada jeda perfect 4 th dan perfect 5 th.

                                                                        
                                                                        Sape


                                                 

Berbentuk seperti gambus panjang bertali empat. Badannya panjang dan berbentuk hampir empat segi dan diperbuat dari kayu jokuvang. Dipermukaan sapeh ini kebiasaannya didapati ukiran bermotif orang Iban Sarawak serta diwarnakan samada merah atau hitam.
Fungsi Alat ini popular di kalangan kaum Kenyah dan Kelabit di Sarawak.
Cara Bermain Sapeh diriba seperti gitar dan dipetik dengan jari-jari sebelah tangan manakala jari-jari sebelah tangan lagi menekan tali-tali pada berbagai peringkat mengikut alunan iramanya.

MEMBRANOFON

   

KATERGORI MEMBRANOFON

Beduk

Sejenis gendang yang berpasangan (ibu dan anak). Diperbuat dari kayu nangka yang berongga dan kedua-dua permukaan dipasang dengan belulang lembu atau kambing. Hanya satu permukaan sahaja yang digunakan. Sebelah lagi digunakan setelah permukaan satu lagi rosak. Pada satu bahagian badan dipasang dua bilah kayu atau buluh yang dijadikan kaki.
Fungsi Digunakan untuk tujuan persembahan wayang kulit, majlis keagamaan dan istiadat di kampung-kampung.
Cara Bermain Dipalu dengan pemalu kayu pada satu permukaan sahaja.

 Gedombak


Gedombak didapati dalam dua ukuran besar; ibu dan anak. Badannya dibuat dari kayu nangka yang berongga. Permukaannya dipasang dengan belulang kambing dengan siratan tali rotan pada cincin besi yang berhampiran dengan lehernya. 
Fungsi Dimainkan dalam pancaragam wayang kulit dan Menora.
Cara Bermain Gedombak diletak melintang di atas riba pemain dan dipikul dengan sebelah tangan. Sebelah tangan lagi membuka dan menutup dengungya.

Geduk
 
Geduk dibuat dari kayu nangka yang berongga dan mempunyai dua permukaan yang dipasang dengan belulang lembu atau kambing. Pada satu bahagian badan dipasang dua bilah kayu atau buluh yang lebih panjang dari badannya yang dijadikan kaki. Alat ini boleh didirikan muka ke atas mengikut kedudukan masa bermain. Didapati dalam dua ukuran iaitu satu besar dan satu lagi kecil, dipanggil ibu dan anak.
Fungsi Dimainkan dalam pancaragam wayang kulit dan Menora.
Cara Bermain Geduk didirikan mukanya ke atas mengadap pemain. Mukanya dipalu dengan sepasang pemalu kayu.  

Jidur
 

Jidur di perbuat dari batang kelapa yang berongga dan kedua-dua permukaan berukuran lilit yang sama diditutup dengan kulit lembu atau kulit kambing. Jidur berbentuk tong kecil setinggi anggaran 16 inci.
Fungsi Digunakan untuk persembahan kuda kepang. 
Cara Bermain Jidur dipalu dengan menggunakan dua batang kayu.

Rebana Besar 
Rebana mempunyai satu muka berbentuk bulat. Belulang kerbau dipasang dan disirat dengan pasak-pasak kayu yang terdapat di kakinya. Ada tiga saiz. 
Fungsi Digunakan untuk mengiringi nyanyian korus oleh penyanyi-penyanyi lelaki. Di Kelantan digunakan untuk Dikir Rebana Besar di Majlis Perkahwinan atau apa?apa keramaian.
Cara Bermain Rebana digantung melintang dan dipalu dengan tangan. Satu setnya mengandungi tiga buah.



Erofon adalah alat-alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui lubang udara. Dalam masyarakat pribumi Malaysia,terdapat beberapa jenis alat muzik erofon seperti serunai, seruling, nafiri, seruling hidung dan lain lain yang sejenis.
KATEGORI EROFON

Seruling


Alat tiupan dibuat daripada buluh. Berbagai panjangnya dan berbagai pula jumlah lubang memetiknya.  
Fungsi: Digunakan untuk memainkan muzik hiburan. Cara Bermain: Ditiup pada pangkal. Seruling dipegang tegak pada mulut peniup. Bibir bawah diletak pada permukaan atas seruling dan angin ditiupkan melalui lubang kecil pada pangkal bahagian atas.


Nafiri
 


 Serunai

 

Diperbuat daripada kayu keras seperti kayu nangka dalam bentuk kun dengan bahagian bawahnya berbentuk loceng. Mempunyai 7 lubang memetik di bahagian tengah belakang. Alat tiupan ini mempunyai 4 lapis daun mengkuang atau lontar kering. Terdapat beberapa jenis serunai seperti serunai Kedah yang ukirannya agak kurang menonjol dan serunai Kelantan yang ukirannya lebih ketara serta diwarnai dengan warna yang terang. 
Fungsi Serunai dimainkan bersama wayang kulit, nobat, gendang keling, menora dan juga gendang silat.  Cara Bermain Pelidah empat lapis itu dimasukkan ke dalam rongga mulut. Angin ditiupkan melalui pipit dan pic-pic dikeluarkan dengan membuka atau menutup lubang memetik. Kaedah pernafasan yang berpanjangan adalah perlu supaya lagu dapat dimainkan sehingga selesai.

 Sompoton

 
Diperbuat dari labu air yang telah dikeringkan. Lapan batang buluh kecil disusun dalam dua lapisan dan dimasukkan kebahagian buah labu tersebut dengan menebuk. Gam kelulut digunakan untuk melekatkan batang-batang buluh tersebut juga untuk menahan angin dari keluar melalui celah-celah buluh apabila tiupan dilakukan. Salah satu daripada buluh ini tidak berfungsi hanya untuk memperseimbangkan kedudukan bentuk alat tersebut. Beberapa kepingan kecil plat buluh diletakkan pada dasar tiap-tiap tepian buluh untuk menghasilkan bunyi mengikut kod muzik yang telah ditentukan.
Fungsi Alat ini dimainkan oleh suku kaum Kadazan di Sabah dalam persembahan nyanyian dan tarian. Sompotan boleh dimainkan secara hiburan persendirian atau kumpulan untuk mengiringi tarian.
Cara Bermain Pemain boleh meniup atau menyedut mulut labu dengan menutup dan membuka tiga daripada empat buluh terpendek pada hujungnya dengan tiga kecil pada dasar buluh terpendek serta hadapan dan belakang paip yang lebih panjang dengan jari tangan kiri. Ianya akan mengeluarkan nada yang bergetar dan menghasilkan satu bunyian harmoni yang merdu. 




Idiofon adalah alat-alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui tindakbalas pada rangka badan yang bergema. Contoh alat muzik idiofon pribumi Malaysia ialah kumpulan gong dan jenis-jenisnya. Dalam kategori idiofon terdapat alat-alat muzik 'metallophone', yang diperbuat daripada logam gangsa seperti saron dan gendir dalam ensemble gamelan.

KATEGORI IDIOFON

Angklung


Batang-batang buluh yang tidak sama ukuran, setiap satu mempunyai pic tertentu. Batang?batang buluh ini terbuka pada satu hujung dan tertutup dengan bukunya pada satu hujong lain. 2 - 3 batang dipasang pada satu bingkai khas yang membolehkannya bergerak bila bingkai ini digoncang.
Fungsi Digunakan untuk muzik berkumpulan untuk mengiringi tarian seperti kuda kepang di Johor.
Cara Bermain Bingkai dipegang dengan kedua-dua belah tangan dan digoncang untuk mengeluarkan bunyi.

                                                                         Gong
 

Dibuat daripada perunggu berbentuk bulat, tepinya melengkong ke bawah, berongga di dalam dan cembul di tengah-tengah bahagian permukaannya.
Fungsi Digunakan dalam kumpulan joget gamelan di Pahang dan Terengganu.
Cara Bermain Digantung dan dipalu dengan pemalu yang berbalut.
 
Canang

 
Diperbuat daripada perunggu atau gangsa. Ia adalah gong kecil berbusut, tepinya melengkong ke dalam sedikit seperti gong yang berbentuk periok. Biasanya sepasang gong. 
Fungsi Digunakan untuk muzik Wayang Kulit, Wayang Melayu.
Cara Bermain Gong-gong diatur berbaris melengkong ke atas satu para dan dipalu pada busutnya dengan sepasang pemalu yang berbalut dihujungnya oleh seorang pemain.

Kesi

 

 Kesi terdiri daripada piring kecil yang diperbuat dari besi waja. Piring ini mempunyai tutup yang bertangkai.
 Fungsi Digunakan untuk muzik latar wayang kulit.
 Cara Bermain Kesi dimainkan dengan menghentakkan tutup piring pada piring di bawah.

Caklempong

 

Gong kecil diperbuat dari perunggu berbentuk periok. Berbusut di tengah-tengah permukanya.
Fungsi Digunakan dalam muzik tradisional Minangkabau yang terdapat di Negeri Sembilan dan Perak bagi kegunaan iringan (1) Pencak Silat (ii) Tarian Piring (iii) Tarian Lilin (iv) Tarian Inai (Terinai) (v) Mengarak pengantin (vi) Randai (vii) Pelbagai lagu tempatan.
Cara Bermain Gong-gong diatur berbaris melintang diatas Para panjang dan dipalu pada busutnya dengan sepasang pemalu oleh seorang pemain.
  

4 comments:

  1. Penerangan yang amat jelas.Terima kasih atas perkongsian saudari!

    ReplyDelete
  2. terima kasih banyak..sekarang saya dapat habiskan folio saya

    ReplyDelete
  3. amat membantu anak saya dalam menyiapkan kertas kerjanya

    ReplyDelete